AM

Rakyat Malaysia terus dukung perjuangan Palestin – ABIM

226

KUALA LUMPUR 26 November 2019 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama badan-badan masyarakat madani (CSO) di Malaysia terus teguh menyokong dan mendukung perjuangan warga Palestin yang kini sengsara di bawah penjajahan rejim Zionis Israel di mana regim tersebut secara sedar dan berterusan melakukan tindakan pencabulan hak asasi ke atas warga Palestin termasuklah sekatan ke atas pergerakan manusia dan barang-barang untuk keluar dan masuk ke Gaza, dan memfasilitasi pemindahan haram warga Israel ke petempatan di Tebing Barat.

“Selama tujuh dekad penjajahan sistematik Zionis Israel terhadap Palestin, pergolakan di Asia Barat belum pernah surut. Saban tahun angka kematian jiwa dan kemusnahan harta benda meningkat dan perundingan demi perundingan menemui jalan buntu. Terbaharu, serangan udara oleh Tentera Rejim Zionis ke atas Gaza mengorbankan puluhan nyawa dan mencederaskan ratusan penduduk awam serta memusnahkan infratruktur awam.” tegas Presiden ABIM, Muhammad Faisal bin Abdul Aziz di kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut Faisal lagi sempena Hari Antarabangsa Solidariti Bersama Warga Palestin (29 November) sebagaimana digazetkan melalui Resolusi 32/40B., ABIM dan badan masyarakat madani Malaysia yang lain menyeru warga dunia untuk bersama-sama memperjuang keadilan dan kebebasan Palestin melalui:

  • Ketegasan dalam Tindakan oleh Badan Dunia: Badan dunia seperti Pertubuhan bangsa Bersatu (PBB) harus lebih tegas dalam mempraktikkan resolusi yang telah dicapai dalam kesepakatan Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu. Laporan oleh jawatankuasa khas UN Special Committee to Investigate Israeli Practices Affecting the Human Rights of the Palestinian People and Other Arabs of the Occupied Territories dan the Committee on the Exercise of the Inalienable Rights of the Palestinian People sebenarnya sudah mampu menjustifikasikan tindakan teguran keras terhadap Israel dan buang keanggotaan dari Pertubuhan Bangsa Bersatu.
  • Desakan berterusan terhadap Israel dan Amerika Syarikat: Desakan ini boleh dilakukan melalui pemboikotan komoditi perdagangan dan produk-produk oleh syarikat yang menyumbang ke dalam Jewish United Fund.
  • Terus Tingkatkan Kesedaran Melalui Advokasi Awam: Walaupun kecewa dengan pelbagai kegagalan dalam membawa keadilan dan keamanan kepada Palestin, namun usaha advokasi awam perlu terus dilakukan. Generasi muda di seluruh dunia perlu diberi pendedahan berhubungan isu ini. Justeru kaedah advokasi yang lebih kreatif dan inklusif perlu ditindakkan.
  • Mendokong dan Membantu Misi Kemanusiaan: Warga dunia perlu terus menyokong dan menyumbang kepada kelompok aktivis tulen-berwibawa yang menggadai nyawa menyampaikan bantuan warga dunia kepada masyarakat Palestin.
  • Heret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ): Negara-negara di dunia perlu berusaha mengheret rejim zionis Israel ke muka pengadilan, mengikut lunas-lunas perundangan antarabangsa. Pelbagai bukti jenayah dilakukan oleh pihak rejim Zionis tanpa justifikasi yang kukuh, malah rejim telah melanggar sekurang-kurangnya 28 resolusi antarabangsa yang disepakati oleh PBB. Ini tidak mustahil dilakukan memandangkan Malaysia sendiri pernah berjaya membawa usul di Persidangan Agung PBB sehingga membawa keapda kesepakatan Resolusi 2334 yang menggesa supaya Israel menghentikan segera aktiviti penempatan haram rejim itu di wilayah Palestin.
  • Tindakan Parlimen Malaysia: ABIM menggesa penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) khas isu Palestin yang merupakan forum atau platform mengenai satu topik kepentingan bersama (common interest) dalam kalangan ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pihak luar yang terdiri dari ahli akademik, professional, NGO yang menjadi rakan (partners) untuk membincang, meneliti dan mengemukakan laporan cadangan-cadangan kepada Parlimen.
  • Peranserta Ahli Parlimen Negara-negara Islam (OIC): ABIM mengundang para Ahli Parlimen dari negara-negara Islam untuk berperanserta secara aktif di samping mencari solusi praktikal dalam menangani isu Palestin ini di platform Konferens Antarabangsa ke-3 The League of Parliamentarians for Al-Quds yang akan berlangsung pada Februari 2020 di Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia. Konferens ini wajar diaktifkan bagi menggembleng usaha dan tenaga bersama oleh kesemua Ahli Parlimen dari negara-negara terlibat untuk tujuan kerjasama dan dukungan terhadap perjuangan pembebasan Palestin.

“Sehubungan dengan itu, bagi menyemarakkan lagi peringatan 29 November ini sebagai Hari Antarabangsa Solidariti Bersama Warga Palestin, ABIM bersama beberapa badan masyarakat madani akan menghantar memorandum sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan warga Palestin, bertempat di United Nations Malaysia, Level 10, Menara PjH, No 2, Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2, Putrajaya.

Selain itu, ABIM juga akan melancarkan kempen tukar tetingkap profail Facebook, dan advokasi di media sosial di samping Perlawanan Futsal Solidariti pada tarikh sama, 29 November 2019, jam 08:00 malam bertempat di Gelanggang Sport 7 Futsal Wangsa Maju, Kuala Lumpur. ” tambah Faisal sambil mengundang para pengamal media, editor berita dan jurugambar untuk hadir dan membuat liputan bagi kegiatan-kegiatan yang direncana.

.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...