AM

MED Coopreneur Carnival dan 9To5 Run Half Marathon 2019 berjaya tarik lebih 20 ribu pengunjung

185

PUTRAJAYA 10 November – Sempena pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke XVI, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama Koperasi Profesional Putrajaya Berhad ( telah menganjurkan MED Coopreneur Carnival dan 9To5 Run Half Marathon 2019 yang telah berlangsung selama tiga ( hari bermula 8 hingga 10 November 2019 dan program ini telah berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dari sekitar Putrajaya dan Lembah Klang serta mencatat jumlah jualan bernilai RM150 ribu.

Foto-foto kredit kepada MED

” KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah mengampuni perkenan untuk berangkat hadir ke Karnival Usahawan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan 2019. Baginda dan Raja Permaisuri Agong turut perkenan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara 9to5 Run Half Marathon yang disertai seramai 10,000 p eserta dari pelbagai lapisan masyarakat yang telah membanjiri dataran Persiaran Perdana, Putrajaya sejak awal pagi lagi. Kesudian
Baginda dan Raja Permaisuri Agong untuk mencemar duli bagi menghadiri sesi tersebut adalah sebagai medium untuk beramah mesra dengan rakyat jelata selain bersempena meraikan pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Keenam Belas (XVI).

Selain itu, Baginda dan Raja Permaisuri Agong sempat meluangkan masa untuk menyantuni golongan asnaf dan peniaga yang turut terlibat menawarkan perkhidmatan jualan ma kanan dan minuman menerusi rangkaian 17 buah food truck di tapak karnival.” terang MED di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Foto-foto kredit kepada MED

Tambah MED karnival tersebut telah menghimpunkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi koperasi daripada kluster mikro, kecil, sederhana dan besar. Selain itu sesi BizOpp Business Opportunity yang diadakan juga telah membuka peluang kepada lebih 200 orang peserta untuk mempelajari sistem perniagaan yang telah terbukti berjaya daripada pengasas jenama jenama besar seperti The Manhattan
FISH MARKET, Chatime dan Al Ikhsan Sports.

Foto-foto kredit kepada MED

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama agensi agensi di bawah MED seperti Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara ( serta Koperasi Perbadanan Putrajaya (PUTRAKOP) dan ia selari dengan Dasar Keusahawan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2019 khususnya yang melibatkan Teras Strategik ke 3 dengan melihat Koperasi sebagai pendekatan terbaik bagi merangsang pembangunan keusahawanan dengan m engguna pakai konsep
mencipta keuntungan melalui aktiviti pemilikan bersama.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...