LIFE NEWS AGENCY

Malaysia Edition

Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad

KUALA LUMPUR 13 Oktober 2019 – YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hadir merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad @ KO-BEST yang diadakan di Auditorium Angkasa pada sebelah petang tadi.

“Walaupun Ko-Best masih baharu dalam arena dan sektor koperasi, saya yakin tiada halangan untuk Ko-Best menyusun strategi dan usaha jangka panjang bagi memastikan penubuhan koperasi ini mencapai objektifnya,” kata beliau.

Beliau turut yakin bahawa Ko-Best boleh menjadi platform yang baik untuk mewujudkan satu rangkaian kerjasama yang jitu, antaranya dalam industri halal yang mempunyai potensi amat besar.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Penaja, YBhg Datuk Mazlan Hashim serta Ahli Jawatankuasa Koperasi Pribumi Bersatu Berhad di atas inisiatif serta usaha menubuhkan sebuah koperasi yang berpotensi tinggi dalam menjana pembangunan sosio-ekonomi dalam kalangan anggotanya.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sentiasa mengalu-alukan penubuhan koperasi baharu yang memberi peluang khususnya kepada ahlinya untuk bergiat aktif dalam aktiviti perniagaam secara berkelompok serta membuka peluang bagi ahli-ahli koperasi untuk memasarkan produk-produk tempatan di dalam dan luar negara.

MED kekal komited untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama koperasi-koperasi seperti Ko-Best selaras dengan hala tuju Dasar Keusahawan Negara (DKN2030).

Turut hadir dalam majlis tersebut, YBhg. Tan Sri Abdul Rashid, YBhg. Dato Mazlan Bujang, YBrs. Tuan Haji Zazali Haron;Naib Pengerusi SKM, wakil pihak ANGKASA serta para koperator.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *