AMPendapat @ My LNA

MENGAPA MELATAH, EMOSIONAL TEGURAN TUN M? – Pak Wan

233

MENGAPA MELATAH, EMOSIONAL TEGURAN TUN M?

Kredit kepada Utusan Malaysia

ADA dua perkara menarik mengenai Kongres Maruah Melayu yang diadakan kelmarin di Shah Alam.

Pertama, sikap negatif beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) sendiri yang
cuba menidakkan hak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hadir atas kapasiti sebagai pemimpin Melayu Islam yang mengetuai kerajaan.

Kedua, respon beberapa pemimpin Melayu
Islam terhadap ucapan Dr. Mahathir pada kongres itu.

Sama ada menyebutnya sebagai menghina Melayu atau ‘kurang perisa’, ia memberi gambaran sikap cuba memaksa Perdana Menteri mengikut telunjuk mereka dalam memperkatakan isu mengenai kepentingan Melayu Islam.

Dr. Mahathir hadir dengan kapasitinya sebagai Melayu Islam.

Itu ditegaskan Dr. Mahathir dalam pembukaan ucapannya.

Satu ketegasan tanpa tolak￾ansur bahawa selaku Perdana Menteri, tiada penafian hak terhadapnya untuk bersuara sebagai Melayu Islam.

Kata-kata tegas Dr. Mahathir memberi amaran kepada rakan-rakan PH bahawa beliau bukan pemimpin di bawah telunjuk seseorang atau sekumpulan orang yang takutkan bayang￾bayang.

Kedua-dua pihak yang anti Melayu Islam dan yang taksub Melayu Islam harus melihat konteks ucapan dan kehadiran Dr. Mahathir relevan dengan pendiriannya sebagai pemimpin dan ketua kerajaan.

Bagi pemimpin Melayu Islam yang mahukan ucapan Dr. Mahathir bersifat mengikut telunjuk mereka, jangan haraplah.

Apabila anda cuba meniupkan semangat
perkauman, Perdana Menteri tidak akan karam bersama pandangan sempit begitu.

Ketegasan Dr. Mahathir menegur orang Melayu Islam pula ada asasnya.Apakah salah mengingatkan orang Melayu Islam untuk lebih mandiri, berjiwa besar,
cekal dan bangkit berusaha sebagai teras utama membina watak maruah Melayu Islam?

Apakah salah menegur Melayu Islam supaya berubah dan membina identiti dan
sikap diri yang lebih prolifik dan organik, sesuai dengan cabaran semasa yang
memerlukan Melayu Islam lebih mandiri dan berusaha?

Dalam ucapan di kongres itu, Dr. Mahathir sebagai pemimpin kerajaan, bertegas
untuk membantu bangsa sendiri.

Namun dengan penuh kesedaran juga, berjanji untuk tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap bangsa lain.

Kepada Melayu Islam,lihatlah inti ucapan Dr. Mahathir yang menyeru kepada sikap untuk berjaya dengan adanya kemahuan memajukan bangsa.

Pada saya, kalau ada 100 kongres pun, ia tidak memberi makna kalau tiada perubahan sikap di pihak bangsa Melayu itu sendiri.

Betullah kata Dr. Mahathir, untuk memajukan bangsa, ia tidak boleh dicapai tanpa kunci utama iaitu matlamat dan Kesanggupan berubah sikap.

Apa lagi ketika Melayu Islam yang membentuk 62 peratus populasi di negara kita kini berdepan perpecahan politik.

Soal resolusi kongres yang menuntut begitu banyak kedudukan Melayu Islam dalam jawatan-jawatan utama Kabinet dan jawatan-jawatan kanan dalam perkhidmatan awam, ia agak aneh.

Melayu Islam tidak mungkin memonopoli semua jawatan yang dimaksudkan ketika era kerajaan PH yang dibentuk pada 10 Mei 2018 berasaskan realiti dibentuk pada 10 Mei 2018 berasaskan realiti berkongsi kuasa dengan parti-parti yang berbentuk pelbagai kaum.

Mustahil pihak yang mendesak perkara ini melalui Resolusi Kongres Maruah Melayu tidak menyedarinya.

Bahawa kerajaan PH hari ini adalah gandingan bersama parti-parti yang bukan meletakkan Melayu Islam sebagai asas penubuhannya.

Apa pun, saya berbangga atas kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Saya sedar, selepas ucapan Dr. Mahathir yang kritis mendesak Melayu Islam berubah, ada pihak tidak gembira.

Malah melatah dan emosional tidak bertempat dengan menganggap ucapan Dr. Mahathir sebagai menghina Melayu.

Golongan ini berfikir, Dr. Mahathir boleh dijadikan kakasan politik untuk menyokong sikap ultra mereka.

Golongan ini menganggap Perdana Menteri akan menggunakan pentas kongres ini meraih populariti singkat.

Dr. Mahathir pemimpin berfikiran kritis dan tidak akan mempolitikkan semua benda.

Apa lagi ketika berdepan detik yang mendesaknya untuk berkata benar.

Dr. Mahathir pasti menyedari tanggungjawabnya menyatakan kebenaran.

Beliau tidak meletakkan dirinya sebagai individu yang opurtunis hanya untuk meraih sokongan politik popular.

Percayalah, kunci utama maruah Melayu Islam terletak pada sikap berani berubah dan menerima hakikat semasa.

Antaranya yang paling kritikal ialah kelemahan Melayu Islam akibat perpecahan politik.

Selain sikap kurang daya saing dalam mengubah persepsi pada keupayaan
menguasai ekonomi dan pemilihan kerjaya.

Selagi kita terus kekal dengan sikap meminta-minta, kita tidak akan menjadi
bangsa yang bermaruah.

Kita harus berubah dan kita boleh
melakukannya.

DATUK SERI MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...