Kenyataan MediaPendidikan @ My LNA

Selamat Menyambut Hari Akademia – YB Dr Maszlee Malik

210
Foto kredit kepada Pejabat Menteri Pendidikan

Hari ini, pertama kalinya dalam sejarah, kita telah menyambut 5 Oktober sebagai Hari Akademia.

Di hari yang bersejarah ini, saya ingin menarik perhatian kita semua untuk kembali menatari wacana yang pernah diketengahkan oleh Syed Hussein Alatas di dalam salah satu magnum opusnya, Intellectuals in Developing Societies (1977) tentang peranan golongan intelektual di dalam membangunkan masyarakat.

Beliau mentakrifkan manusia yang berfikir dan terdidik itulah yang digelar sebagai inteligensia atau intelektual, yang mana kata beliau, mereka ialah;

“seseorang yang mengumuli pemikiran tentang idea dan masalah non-materi dengan menggunakan akal fikirannya.”

https://youtu.be/sh3jO3B3kHE

Wacana ini telah sekian lama berjelaga di dalam ranah sejarah kita, malah dalam tradisi keilmuan kita pun, seringkali seorang pendidik itu dianggap sebagai seorang pujangga, yang mesti berperanan membenihkan kepujanggaannya itu dalam membentuk arus fikir masyarakat.

Seorang pujangga, atau one man (meminjam istilah Ralph Waldo Emerson) itu tugasnya memandu masyarakat mencari kebenaran.

Saya menyoroti wacana ini kembali dengan hasrat agar seringkali tumbuh dalam mandala ingatan kita zeitgeisty sebenar di sebalik Hari Akademia.

Saya percaya, para akademia merupakan sekelompok intelektual yang tahu dan sedar bahawa tanggungjawab kita bukan hanya sekadar dibatasi di menara gading, tetapi kita adalah penyuntik moral, pembekal pemikiran, pelopor budaya, dan lebih daripada itu, kita adalah peterana kebenaran buat masyarakat dan negara.

Terima kasih dan tahniah kepada semua ahli akademik, para pensyarah di IPT, kolej-kolej, Politeknik, KV, KK dan IPG. Selamat Hari Akademia!

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNA

Mahasiswa UM selami budaya orang asli Temuan di Ulu Chembong

Projek Regain Experience Asli’s Life atau lebih mesra disebut sebagai Projek REAL...