Home MY LNA AM AGENDA PERPADUAN DAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU MENJADI KEUTAMAAN
AM

AGENDA PERPADUAN DAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU MENJADI KEUTAMAAN

7 Julai 2019 – Seruan yang dibuat oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad agar parti-parti Melayu bergabung di bawah satu parti iaitu BERSATU disokong penuh oleh seluruh ahli SRIKANDI BERSATU MALAYSIA.

Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ketua SRIKANDI BERSATU MALAYSIA iaitu YB Datuk Seri Rina Mohd Harun melihat seruan YAB Tun Dr Mahathir tersebut sebagai bukti keprihatinan beliau terhadap perpaduan Melayu.  Ianya jelas menunjukkan bahawa masa depan orang Melayu sentiasa menjadi agenda dan keutamaan beliau.

“SRIKANDI percaya bahawa Malaysia Baru ingin melihat sebuah masyarakat yang lebih terbuka, justeru wajar orang Melayu menentukan bahawa proses itu tidak menyebabkan orang Melayu dan bumiputera berasa terpinggir di tanahair sendiri, tidak terbela kerana perpecahan Melayu.

Srikandi BERSATU akan terus memberi kekuatan dan sokongan kepada YAB Tun Mahathir selaku Pengerusi BERSATU merangkap Perdana Menteri Malaysia supaya beliau dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan tenang tanpa perlu menoleh ke belakang, di dalam suasana hari ini, di mana ibarat menarik benang dalam tepung, benang jangan putus, tepung tidak berselerak. ” ujar RIna di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambah Rina, inilah satu langkah besar yang disuarakan oleh seorang negarawan ulung yang berjiwa besar dan sentiasa mengutamakan kepentingan orang Melayu.

Beliau juga berharap agar semoga semua parti Melayu bersatu dan mara mendepankan kepentingan Melayu dan mengenepikan kepentingan politik yang membawa perpecahan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...