Home MY LNA AM Pendidikan @ My LNA ISU PENGGUNAAN PELEKAT KHAS KE ATAS KOTAK SUSU BERJENAMA DAILY DAIRY
Pendidikan @ My LNA

ISU PENGGUNAAN PELEKAT KHAS KE ATAS KOTAK SUSU BERJENAMA DAILY DAIRY

Sumber : Facebook Rasmi Daily Dairy

PUTRAJAYA 28 Jun 2019 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan kebenaran untuk penggunaan pelekat khas ke atas kotak susu berjenama Daily Dairy keluaran syarikat Sabah International Dairies Sdn Bhd (SID) sebagaimana yang ditularkan dan tindakan ini dilakukan oleh pihak SID tanpa merujuk kepada pihak KPM terlebih dahulu.

Menterinya YB Dr Maszlee Malik telah mengarahkan siasatan dibuat pada tarikh aduan diterima iaitu pada 21 Jun 2019 dan sehubungan dengan itu arahan pemberhentian serta merta edaran dan pembelian susu ini telah dikeluarkan oleh KPM pada tarikh yang sama.

“KPM memandang serius isu ini kerana melibatkan integriti perlaksanaan inisiatif KPM. Perbuatan ini menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kualiti susu yang dibekalkan kepada murid-murid di sekolah.

Saya ingin menegaskan komitmen KPM untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, terutama golongan sasar warga miskin yang tergolong dalam senarai penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) termasuk susu di sekolah” ujar Maszlee di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Sebarang bentuk salah laku integriti dalam isu ini akan disiasat kerana ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana untuk murid-murid miskin. Ini adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh diterima, tegas beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Raih Gaji Premium

ARAU, 7 NOVEMBER 2023 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)...

AMMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ini 14 langkah menempatkan golongan OKU di IPT

Oleh: Dr. Azleen Ilias Mengatasi halangan pendidikan tinggi dalam dunia yang semakin...

AMMY LNAPendidikan @ My LNA

KEMAS catat dua rekod Malaysia Book of Records

SHAH ALAM, 3 November – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) cipta 2 Malaysia...