Home AM Mujahid Menyokong Penuh Teguran dan Titah Sultan Perak
AM

Mujahid Menyokong Penuh Teguran dan Titah Sultan Perak

PUTRAJAYA 27 April 2019 – Teguran dan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung penyalahgunaan masjid dan surau oleh sesetengah pihak untuk aktiviti berbentuk politik kepartian disokong penuh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid juga bersetuju dengan titah Tuanku yang menegaskan bahawa masjid dan surau berperanan sebagai tempat menyatukan ummah dan perlu bebas daripada sebarang unsur politik.

” Ia sejajar dengan konsep Masjid R.A.H.M.A.H (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat) yang Kerajaan terapkan dalam dasar pentadbiran Islam di negara ini agar masjid dan surau bebas daripada cengkaman kepuakan, kekelompokan dan kepartian. Masjid dan surau perlu menjadi institusi ummah yang bebas daripada segala kepentingan dan hanya menyampaikan perkara kebaikan. ” jelas Mujahid.

Kesucian masjid dan surau perlu dipelihara agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan menyebarkan kebencian atau ideologi dengan menjadikan program-program tertentu sebagai alasan, tambah beliau di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...